Telok Mas : Kira-kira 100 orang petugas dari DUN Ayer Molek telah menyertai Himpunan Gegau Melaka yang diadakan di perkarangan Balai Islam Telok Mas hari ini.
Menurut Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa, kesungguhan yang ditunjukkan oleh petugas-petugas pilihanraya MTD Ayer Molek menggambarkan bahawa mereka akan bersama-sama menGEGAUkan DUN Ayer Molek dalam pilihanraya akan datang.
"Kita akan gemblengkan tenaga pemuda, muslimat dan veteran untuk sama-sama menggempurkan DUN Ayer Molek bermula dari hari ini."
"Syabas diucapkan kepada Jentera Pilihanraya PAS Negeri (JPN) menganjurkan perhimpunan yang bermakna ini. Insya Allah perhimpunan ini akan menjadi titik tolak kesungguhan jentera kita untuk bergerak dengan lebih baik dan tersusun" tegasnya.
Program GEGAU Melaka yang bermula jam 8.00 pagi itu telah mendapat sambutan yang di luar dugaan apabila kira-kira 1,000 petugas telah berhimpun di Balai Islam Telok Mas sejak awal pagi bagi.
Program yang julung kali di adakan di Melaka selepas Pilihanraya Umum 2004 ini berjaya mengumpulkan semua petugas pilihanraya setiap kawasan bagi mendengar amanat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Dalam amanatnya Presiden menegaskan bahawa seluruh jentera PAS setiap mesti bersiap siaga dengan segala kelengkapan guna untuk berhadapan dengan segala tipu muslihat BN yang sudah pasti akan lebih 'ganas' pada pilihanraya akan datang.
"BN sedang kepanasan sekarang, sudah pasti mereka akan menggunakan segenap jentera kerajaan dan SPR untuk memastikan mereka menang sekali lagi".
"Jadi kita mesti bersedia dari semua segi untuk menangkis apa juga serangan dan tipu muslihat mereka"tegas Tuan Guru Presiden.
Turut berucap pada program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang.
Sementara itu di sebelah petangnya Dewan Pemuda PAS Negeri menganjurkan program gerak gempur jentera pilihanraya pemuda di tempat yang sama.
Kira-kira 300 orang pemuda menghadiri program tersebut yang dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ahmad Nazri Chik.
Semua Dewan Pemuda PAS Kawasan menghantar wakil-wakil masing. Kontinjen paling ramai datang dari Kawasan Bukit Katil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment