
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek menyeru petugas-petugas PAS di Peti Undi Paya Dalam supaya mengulangi semangat dan gerakerja tahun 1999 bagi menawan kembali Peti Undi Paya Dalam yang dimenangi pada pilihanraya tahun tersebut.
"Ahli dan petugas mesti istiqamah dalam gerakerja pilihanraya dan jangan jemu dan lemah semangat dengan mehnah dan tribulasi dalam melaksanakan kerja-kerja ini" tegas Hj Bakrin pada program pemantauan MTD di Peti Undi Paya Dalam Sabtu lalu.
"PAS memenangi Peti Undi ini dengan majoriti 8 undi. Walaupun kita menang dengan 8 undi tetapi itu besar maknanya iaitu PAS mampu untuk menang di sini dan lain-lain Peti Undi" tegas Hj Bakrin dengan serius.
Pada Pilihanraya 1999 tersebut PAS memenangi 2 peti Undi dalam DUN Ayer Molek iaitu Bukit Lintang dan PAya Dalam.
Haji Bakrin hadir dalam majlis pemantauan MTD yang turut dihadiri TYDP Kawasan Hj Salim Tahir, NYDP Hj Ali, Ketua Pemuda Sofi Wahab, Ketua Cawangan Paya Dalam, HJ Malik Abdullah dan lain-lain pimpinan MTD, UPU dan cawangan. Seramai 40 orang ahli hadir dalam majlis tersebut.
0 comments:
Post a Comment